Sunday 11 November 2012

NURUL IZZAH ELAK MENJAWAP!

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dilihat cuba mengelak daripada menyatakan pendirian berhubung kenyataannya mengenai kebebasan beragama sepatutnya terpakai sama rata dan bukannya hanya kepada orang bukan Melayu dalam satu forum di Subang Jaya baru-baru ini. 

Malah, beliau yang ditemui pemberita selepas memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini hari ini turut mengelakkan diri daripada menjawab tentang kekecewaan seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kassim yang mendakwa Nurul Izzah tidak mempertahankan kenyataan beliau bahawa hak kebebasan beragama perlu dipakai sama rata termasuk orang Melayu.

BETTY CHEW & GUAN ENG MELAMPAU!

PULAU PINANG 10 Nov. - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Teng Chang Yeow menyifatkan tindakan isteri Ketua Menteri, Lim Guan Eng duduk di kawasan yang dikhaskan kepada pegawai kerajaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai 'mencabuli' kemuliaan dewan berkenaan. Tegasnya, beliau terkejut dengan kejadian itu kerana Betty Chew sepatutnya duduk di tempat yang dikhaskan untuk orang awam. "Saya mempersoalkan tindakan Speaker DUN yang membenarkan Betty duduk di kawasan berkenaan. Tidak kira siapa selagi bukan merupakan ahli dewan atau pegawai kerajaan yang diberi mandat, seseorang itu tidak sepatutnya duduk di situ. "Speaker kena faham, DUN ada protokol dan bukan boleh berbuat sesuka hati kerana DUN bukan bilik mesyuarat parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan raya BN DUN Batu Maung di sini hari ini. Beberapa akhbar hari ini melaporkan kehadiran Betty di DUN Pulau Pinang baru-baru ini yang menimbulkan persoalan kerana didapati duduk di barisan kerusi yang dikhaskan kepada pegawai kerajaan. Chang Yeow dalam pada itu menambah, Guan Eng dan Speaker DUN perlu belajar protokol dan peraturan-peraturan DUN. - UM.

Saturday 10 November 2012

NURUL IZZAH, ANWAR AKAN TERKEJUT

KUALA LUMPUR 9 Nov. - "Saya hendak beritahu kepada Nurul Izzah dan bapanya, Anwar Ibrahim, mereka akan terkejut bila mereka melihat siapa peguam-peguam kanan yang akan mewakili Utusan Malaysia."

 Kenyataan tersebut diberikan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin sebagai respons terhadap tindakan Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menyaman Utusan Malaysia.

KENYATAAN NURUL IZZAH ANCAM ISLAM

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyembah ampun perkenan Majlis Raja-Raja Melayu supaya membincangkan dan mengambil berat kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar yang dilihat sebagai ancaman terhadap Islam.

 Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan Nurul Izzah berhubung kebebasan agama dalam kalangan orang Melayu merupakan ancaman terhadap kesucian Islam dan perkara seperti itu juga bukan pertama kali dilakukan pemimpin pembangkang.